Wednesday 2 January 2013

2013

Alhamdulillah... 2013 membuka tirai...

Sedar tak sedar 2013 menambah usia setahun lagi dalam hidupku, ohh.. ku sudah memasuki alam 3 series di tahun ini. Dengan harapan 2013 akan lebih memberi lebih pengertian dalam hidupku dan hidup berkeluarga bersama insan itu, Mr. Ryan Ng...

Pejam Celik sudah dari zaman kanak2, ke zaman sekolah, ke zaman universiti, ke alam remaja, single dan beralih ke alam berumah tangga. Rasa macam sekejap sahaja waktu berputar. Rasa macam masih di awang-awangan. Tapi, ya ku masih lagi berpijak di bumi yang nyata ini.

Rasanya 2012 berlalu dengan penuh suka dan duka. Yang duka ku jadikan pengajaran dan yang suka akan ku abadikan momen itu di hati dan minda ku selagi ku masih mampu untuk mengingati...

Banyak yang ku fikirkan untuk ku kecapi di tahun baru ini... Segala yang dirancang ini, Mudah-mudahan mendapat Rahmat dari-Nya dan dipermudahkan segalanya... Hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Penentu segala-segalanya..

No comments:

Post a Comment